Karnival Kerjaya OKU Tahun 2015





Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jawatan Kuasa Pekerjaan, Majlis Kebangsaan bagi OKU (MKBOKU) akan menganjurkan Karnival Kerjaya Bagi OKU 2015 Seperti Butiran berikut ;


Tarikh : 27 November 2015 (Jumaat)


Tempat :Hotel Aloft, Kuala Lumpur Sentral


Masa : 9.00 pagi - 4.30 ptg


Program ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan dan merupakan satu daripada usaha kementerian untuk membantu seberapa ramai golongan OKU mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan keupayaan mereka. Selain itu, program ini juga diadakan untuk membantu individu yang telah mengikuti program pemulihan (Return to Work) di Pusat Rehabilitasi PERKESO dan telah bersedia untuk kembali ke alam pekerjaan bagi mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.


Sebarang pertanyaan sila hubungi :

UTC Pudu Sentral

T2-3, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral,

55100 WP Kuala Lumpur


Tel : 03-2026 2058
atur cara klik sini

Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 PROcJAYA dan lantikan AJK baru sesi 2017-2019

Jemputan majlis sempena deepavali

PROGRAM LATIHAN MAYA ( ONLINE TRAINING )