Bengkel OKU dan Undang-undang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pihak Kumpulan Kerja bagi orang kurang upaya, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Malaysia akan mengadakan suatu program, Bengkel OKU dan Undang-undang pada 12-13 Disember 2015.

Antara pengisian dua hari bengkel tersebut termasuklah:

 

·         Memahami pelbagai isu perundangan yang berkait rapat dengan OKU.
·         Memahami apa yang dimaksudkan hak di sisi perundangan sebagai OKU.
·         Memahami undang-undang umum secara asas, termasuklah undang-undang jenayah, prosedur jenayah, buruh dan gangguan social serta tempat kerja.

 

Objektif utama bengkel adalah member input-input asas kepada OKU, terutamanya penggiat-penggiat OKU berkaitan asas undang-undang yang harus diketahui.

 

Sila kosongkan tarikh anda bagi menyertai sama bengkel yang akan dikendalikan oleh peguam-peguam yang berpengalaman. Program ini akan dirasmikan sendiri oleh Ybhg Presiden Majlis Peguam Malaysia.

Maklumat lanjut akan menyusul.

 

Sekian, harap maklum.

 

(Mohammad Faizal Che Yusof)

Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia

Majlis Peguam Malaysia


berminat, sila hantar nama , no.k/p dan nohp anda kepada procjaya@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 PROcJAYA dan lantikan AJK baru sesi 2017-2019

Jemputan majlis sempena deepavali

PROGRAM LATIHAN MAYA ( ONLINE TRAINING )